0Item(s)
0 0

Kita Dilahirkan sebagai Juara

Product Code EA2064
Product Name: Kita Dilahirkan sebagai Juara
Category: AAA Penulis
Date Created: March 13, 2020 9:52:01 AM
Original Price: MYR 40.00
After Discount: MYR 20.00

Kita Dilahirkan sebagai Juara

Saya belajar untuk memajukan diri melalui bacaan tentang kisah pengalaman hidup orang yang berjaya. Mereka menjadi guru dan inspirasi hidup saya. Kini, saya merasakan tiba masanya untuk saya berkongsi kisah hidup saya. Walaupun saya bukanlah hebat sangat, namun pengalaman saya berkongsi kisah hidup di atas pentas adalah pendorong untuk saya membukukannya. Ini kerana mereka yang pernah menyertai program ceramah saya ingin terus bersemangat. Oleh itu, diharapkan buku ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang ingin terus mendapat inspirasi dan motivasi. Saya dilahirkan dalam keadaan kudung pada tangan kanan.

Sekiranya diberi pilihan, saya pun ingin seperti anda yang mempunyai kedua belah tangan. Kita tidak mempunyai pilihan untuk dilahirkan, namun kita dilahirkan sebagai juara yang terpilih. Saya kongsikan kisah hidup saya melalui buku ini sebagai salam perkenalan, salam persahabatan, dan salam perpaduan. Adakah anda menerima salam saya dengan membaca buku ini? Saya menulis buku ini dalam genre antropologi dan sosiologi.

Antropologi ialah bidang yang membincang tentang amalan budaya sesebuah kaum atau komuniti, manakala sosiologi ialah bidang yang membincangkan peranan entity masyarakat seperti keluarga, sekolah, media, kepercayaan, dan lain-lain. Tujuan bentuk penulisan ini adalah untuk membawa pembaca memahami dan menghayati amalan kemasyarakatan multinasional di Malaysia.

Kita sedia maklum bahawa dua bidang inilah yang menerangkan kehidupan masyarakat. Bagi bahagian motivasi dan inspirasi pula, kaedah psikologi dipraktiskan. Saya memasukkan bahagian Renungan bagi setiap bab. Bahagian Renungan bertujuan memberi peluang kepada pembaca untuk bermuhasabah diri, ‘menghadam’ nilai yang dibincangkan, dan menanam nota secara minda separa sedar (Subconscius Mind). Sebagai Clinical Hypnotherapist, saya percaya cara tersebut mampu memberi impak maksumum terhadap bacaan.

Sebagai Duta Perpaduan pula, saya ingin menyeru ahli masyarakat agar sama-sama meraikan persamaan dan mengurus perbezaan yang wujud antara kepelbagaian kaum dan kepercayaan. Sama-sama kita kekalkan keharmonian dan kesejahteraan Malaysia. Dalam pada itu, saya menulis buku ini dengan memasukkan ciri-ciri pembangunan insan secara holistik, iaitu penceritaan nilai hidup berkaitan jasmani, rohani, dan warisan.

Diharapkan juga buku ini dapat memberi pencerahan, inspirasi, dan motivasi kepada pembaca dalam menghadapi dugaan hidup. Saya dahului dengan pinta maaf sekiranya ada tersasul kata dalam buku ini dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang sudi meluangkan masa bersama buku ini. Semoga buku ini memberi manfaat kepada anda, terima kasih.