0Item(s)
0 0

PEMBURU ASSASSIN - Degupan Terakhir?

Product Code EA2376
Product Name: PEMBURU ASSASSIN - Degupan Terakhir?
Category: AAA Penulis
Date Created: January 2, 2021 11:10:15 AM
Original Price: MYR 20.00
After Discount: MYR 10.00

PEMBURU ASSASSIN - Degupan Terakhir?

Pemburu Assassin adalah penulisan berkaitan penyakit jantung yang amat merbahaya, kerana ia bisa membunuh sekelip mata, atau menyebabkan mangsa mengalami kecacatan kekal seperti lemah jantung, strok dan sebagainya. Beberapa naratif kisah benar yang telah dirawat sendiri oleh penulis dikongsikan dalam buku ini agar menjadi tauladan pembaca. Dalam membawakan kisah pesakit ini, ditekankan fakta sakit jantung yang boleh mengenai semua golongan dan lapisan masyarakat, termasuk golongan muda dan wanita. Penulis menyentuh beberapa perkara asas seperti fungsi jantung dan kaitannya dengan emosi, faktor-faktor risiko sakit jantung (diberi istilah senjata assassin), kematian mengejut akibat serangan jantung, dan gejala masakini yang semakin menggugat – kurang bersenam, apa kesannya kepada jantung dan kesihatan secara umum.