Mutiara Insta Hjh Hawa Yaakub
Bak kata pujangga "sesungguhnya mata pena itu lebih tajam daripada mata pedang”. Mutiara Insta Hjh Hawa Yaakub merupakan koleksi perkongsian kata-kata mutiara yang diambil dari akaun Instagram Puan Hjh Hawa Yaakub iaitu penulis ini sendiri. Perkongsian di akaun Instagram Penulis adalah bertujuan untuk motivasi, inspirasi dan pedoman hidup penulis sendiri. Namun setelah menerima reaksi yang positif dari sahabat-sahabat beliau untuk menghasilkan sebuah e-book, maka terhasil lah e-book pertama ini dengan harapan ia boleh memberi manfaat dan membantu para pembaca mengubah hidup ke tahap yang lebih baik, sebagaimana penulis ini telah mengubah hidupnya menjadi orang yang berjaya.