0Item(s)
0 0

KERAMAT YANG HILANG

Product Code EA2380
Product Name: KERAMAT YANG HILANG
Category: AAA Penulis
Date Created: January 6, 2021 7:26:42 PM
Original Price: MYR 20.00
After Discount: MYR 10.00

KERAMAT YANG HILANG

Sebuah kehilangan yang amat dalam kesannya menusuk jiwa. Sebuah kekosongan yang tidak pernah terganti pengisiannya. Suatu kesunyian yang menikam kalbu yang amat dalam. Satu tragedi emosi yang melonglaikan langkah untuk meneruskan kehidupan. Terlalu merentap perasaan sehingga hilang selera untuk bergembira ria seperti selalunya. Kosong sekosong-kosongnya. Pandangan menjadi kelabu dan gelap seketika sewaktu menerima kenyataan itu. Siang tadi ibu masih tersenyum mengangguk sewaktu saya menjabat tangannya dan memohon maaf darinya. Hanya berselang dua belas jam, ibu sudah tiada. Begitu cepat masa beredar. Begitu pantas keadaan bertukar. Ia persis siang dan malam yang tak pernah engkar. Begitulah hidup dan mati yang mustahil untuk ditawar menawar.