0Item(s)
0 0

POHON JOHAR @ JUAR RAHSIA DI SEBALIK PENEDUH TEPI JALAN

Product Code EA2415
Product Name: POHON JOHAR @ JUAR RAHSIA DI SEBALIK PENEDUH TEPI JALAN
Category: Boob Pa
Date Created: January 26, 2021 6:24:01 PM
Original Price: MYR 24.00
After Discount: MYR 19.20

POHON JOHAR @ JUAR RAHSIA DI SEBALIK PENEDUH TEPI JALAN

Tujuan E-book ini adalah untuk memperkenalkan tumbuhan Johar @ Juar @ pokok Johor yang sememangnya wujud di negara kita dan biasanya ditanam sebagai pohon peneduh tepi jalan atau pelindung angin di kawasan pertanian. Penulis ingin berkongsi keistimewaan tumbuhan ini agar diketahui umum bukan sahaja di kalangan masyarakat Siam yang menjadi menu popular di majlis-majlis tertentu atau majlis perayaan dan keagamaan di kuil. Selain masyarakat Siam, sebahagian dari masyarakat Melayu di Utara Semenanjung Malaysia juga gemar akan menu istimewa tumbuhan ini.

Namun begitu masih kurang popular. Di dalam E-book ini penulis menerangkan secara ringkas pengenalan dan asal usul tumbuhan ini. Penulis fokus kepada cara bagaimana tumbuhan ini dijadikan menu popular dan sedikit kegunaannya sebagai herba rawatan tradisional berdasar pengalaman dan amalan keluarga sendiri sejak turun temurun. Segala fakta yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman sendiri yang tidak merujuk kepada kajian saintifik memandangkan tidak ramai yang mengenali tumbuhan ini dan tidak banyak penyelidikan yang ditemui untuk diketengahkan. Penulis berharap dengan adanya penulisan ini di masa akan datang akan ada pihak yang berminat melakukan kajian saintifik berkaitan nilai perubatan tumbuhan ini.