0Item(s)
0 0

AL QURAN & MANUSIA MELAWAN

Product Code EA2567
Product Name: AL QURAN & MANUSIA MELAWAN
Category: Firdaus Zainal
Star Rating: Not Available
Date Created: March 27, 2021 8:48:03 PM
Original Price: MYR 16.00
After Discount: MYR 14.40

AL QURAN & MANUSIA MELAWAN

Al Quran diturunkan lebih 1400 tahun dahulu kepada junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. Ia adalah mukjizat yang paling agung dianugerahkan Allah kepada baginda sebagai Rasul terakhir dan juga sebagai petunjuk bagi umat baginda. Al Quran juga akan kekal terpelihara sehingga ke Hari Kiamat. Sejarah menukilkan penurunan Al Quran telah merubah keseluruhan tatacara hidup manusia. Sebelum kehadiran Al Quran, dunia telah terperosok jauh ke dalam fasa kegelapan. Pada ketika itu, manusia mula melupakan ajaran nabi dan rasul terdahulu. Mereka tidak lagi mengenal Penciptanya serta hidup bergelumang dengan maksiat dan kebodohan. Allah Yang Maha Esa dipersekutukan dengan tuhan berhala dan kepercayaan karut lain yang mengakibatkan keseluruhan sistem kehidupan manusia tidak lagi teratur. Kerosakan demi kerosakan dilakukan semata-mata mahu mengekalkan adat dan tradisi nenek moyang mereka sebelum ini. Hal ini jelas dilihat melalui fasa kehidupan masyarakat Arab Jahiliah di mana Al Quran diturunkan di kalangan mereka untuk membawa mereka keluar dari kegelapan. Al Quran mungkin dianggap sebagai kitab biasa atau tulisan kuno Arab bagi mereka yang menolak kebenarannya. Namun, jika kita menghayati sejarah penurunannya dan memahami isi kandungan yang terdapat di dalamnya, kita dapat merasakan bahawa Al Quran adalah benar-benar mukjizat terhebat Rasulullah s.a.w untuk umatnya. Ini dapat dilihat melalui sejarah penurunan Al Quran dari Lawh al-Mahfuz sehingga ia tersemat kemas di dada Rasulullah s.a.w dan kemudiannya disampaikan kepada kita sebagai umatnya. Seterusnya, kita juga dapat melihat bagaimana Al Quran itu disampaikan kepada kita melalui seorang Nabi yang ‘Ummi’ (tidak tahu membaca dan menulis). Allah S.W.T telah berfirman bahawa Al Quran akan tetap terpelihara sehingga Hari Kiamat. Karya ini akan menceritakan bagaimana Al Quran itu tetap berada di dalam pemeliharaan Allah dari generasi ke generasi. Walau bagaimanapun, masih terdapat sebilangan manusia yang melawan dan tidak mahu tunduk dengan kebenaran yang disampaikan di dalam Al Quran. Mereka percaya bahawa Al Quran adalah sebuah kitab yang ditulis oleh Rasulullah s.a.w melalui perantaraan Yahudi dan Kristian. Oleh sebab itu, pengkajian terhadap Al Quran dilakukan bagi membuktikan bahawa Al Quran bukanlah wahyu daripada tuhan. Pengkajian yang dilakukan ini bermula dari abad ke 7 sehingga sekarang. Namun, janji Allah untuk memelihara Al Quran itu pasti, sehingga kini, mereka masih gagal dalam usaha mereka menyangkal kebenaran Al Quran.2 Sesuai dengan kedudukannya yang tinggi dan mukjizat paling agung Rasulullah s.a.w Al Quran ‘membuktikan’ kebenarannya terhadap manusia-manusia yang pernah mencabarnya. Di dalam karya ini, diselitkan kisah bagaimana Al Quran telah menggoncang hati manusia yang keras untuk menerima kebenarannya. Melalui kisah ini, ia membuktikan kebenaran Al Quran sebagai kalam tuhan yang menakjubkan. Namun, manusia tetap manusia. Segelintir manusia menyangka ilmu dan kedudukan yang mereka miliki mampu menewaskan Al Quran. Oleh itu, mereka menggunakan segala kepandaian dan kebolehan yang mereka miliki untuk mencabar dan menghasilkan sebuah kitab setanding Al Quran. Namun, di akhirnya mereka hanya menemukan kegagalan. Sehingga ke hari ini, tiada seorang pun manusia di muka bumi ini mampu menghasilkan sebuah kitab setanding Al Quran. Justeru, diharap karya ini mampu menerobos sempadan iman di dalam diri pembaca bagi mengajak semua umat manusia agar kembali kepada Al Quran melalui penghayatan dan pemahaman secara mendalam. Sebagaimana Arab Jahiliah dahulu memerlukan Al Quran sebagai penyuluh hidup mereka untuk keluar dari kegelapan, kita juga memerlukan Al Quran untuk terus bertahan di alam dunia akhir zaman yang penuh dengan kebatilan. Semoga Allah memberkati usaha ini dan mengangkat karya ini sebagai satu ilmu yang bermanfaat dan juga pengantar jalan untuk kita ke syurga Firdaus-Nya.