0Item(s)
0 0

CORONAVIRUS PANDEMIK & SENJATA BIO

Product Code EA2568
Product Name: CORONAVIRUS PANDEMIK & SENJATA BIO
Category: Firdaus Zainal
Star Rating: Not Available
Date Created: March 27, 2021 8:55:03 PM
Original Price: MYR 16.00
After Discount: MYR 14.40

CORONAVIRUS PANDEMIK & SENJATA BIO

Dunia sedang mengalami fasa yang sangat sukar yang belum pernah dialami oleh manusia yang hidup di abad ke 21. Pandemik COVID-19 yang muncul secara tiba-tiba telah mengejutkan seluruh populasi dunia. Ia menjadikan mereka terpenjara dalam ekosistem dunia yang tidak menentu. Sehingga karya ini ditulis, jalan keluar daripada permasalahan ini masih samar dan tidak dapat dipastikan bila ianya akan berakhir. Di kebanyakan negara dunia, COVID-19 telah melumpuhkan sistem ekonomi, politik dan sosial. Jumlah kematian meningkat setiap hari menghampiri angka satu juta orang menjadikan tanah perkuburan semakin sesak. Manakala jumlah mereka yang disahkan positif terus meningkat menjadikan COVID-19 sebagai satu ancaman yang perlu ditangani segera oleh semua peringkat lapisan masyarakat termasuk pemerintah dan rakyat bawahan. Menularnya virus COVID-19 ini meninggalkan kesan yang mendalam kepada masyarakat dunia. Dunia tertanya-tanya dari mana virus ini muncul dan bagaimana ia boleh tersebar serta membunuh manusia dengan begitu pantas. Pendapat yang paling popular ialah virus ini dipercayai berasal dari sebuah pasar yang menjual haiwan eksotik di Wuhan, China. Virus ini dikatakan telah menjangkiti pengunjung pasar tersebut sebelum merebak ke seluruh kawasan Wuhan dan seterusnya wilayah dunia yang lain. Hal ini juga disokong oleh beberapa analisis pakar kesihatan termasuk badan kesihatan dunia termasuk WHO (World Health Organization). Secara umumnya, jangkitan virus COVID-19 yang telah tersebar luas ini dikaitkan dengan pandemik yang berlaku secara semula jadi melalui jangkitan haiwan kepada manusia. Berdasarkan penelitian penulis, pandemik sememangnya pernah berlaku dan membunuh puluhan juta orang sejak tahun 541 lagi. Selain itu, kadar kekerapan pandemik berlaku adalah tinggi dan sesetengah pihak berpendapat pandemik adalah kitaran semula jadi yang akan berlaku dalam tempoh tertentu. Namun, terdapat juga beberapa teori yang mengaitkan COVID-19 adalah sebahagian daripada konspirasi yang dirancang dan dicipta oleh negara kuasa besar dunia iaitu China dan Amerika Syarikat. Dengan kata lain, penciptaan dan penyebaran virus COVID-19 dikaitkan 2 dengan penggunaan senjata biologi atau secara ringkasnya dikenali sebagai senjata bio (bio weapon). Secara andaian, walaupun ramai yang percaya teori konspirasi ini sebagai ‘fake’ dan ‘hoax’, namun, kenyataan pakar dalam bidang berkaitan dan pihak pentadbir negara-negara terlibat seperti China dan Amerika Syarikat memberi indikasi penting bahawa hal ini bukanlah teori konspirasi semata-mata. Malah, sejarah juga mencatatkan bahawa senjata bio sememangnya wujud dan sehingga kini ia masih dibangunkan secara rahsia. Bersandarkan dua hujah di atas, dua hipotesis dibentangkan. Pertama, ialah COVID-19 ialah sejenis virus yang berlaku secara semula jadi yang telah mengakibatkan pandemik. Ke dua, COVID-19 ialah sejenis senjata bio yang dibangunkan secara rahsia dan disebarkan oleh China dan Amerika Syarikat. Bagi menghujahkan hipotesis tersebut, penulis telah menggunakan metodologi penyelidikan perpustakaan. Melalui kaedah ini, penulis cuba mengetengahkan bukti-bukti penting yang diperolehi daripada jurnal-jurnal akademik, buku teks dan laporan media massa mengenai pandemik ini. Hasil dapatan kajian buku ini dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu Coronavirus, pandemik dan senjata bio. Ketiga-tiga bahagian ini merungkai permasalahan secara tuntas bagi meyakinkan pembaca. Di akhir bahagian buku ini, penulis berpendapat adalah sukar untuk membuktikan kedua-dua hipotesis kerana pakar-pakar dalam bidang biologi, virologi dan pelbagai cabang Sains yang lain masih belum dapat memutuskan punca dan bila ia akan berakhir. Kebanyakan dapatan Sains termasuk dalam bidang akademik masih bersifat andaian dan ramalan berdasarkan kajian kes tertentu. Selain itu, faktor lain seperti ‘status kerahsiaan’ yang tinggi oleh negara yang disyaki terlibat membangunkan virus ini juga menyukarkan proses pembuktian dilakukan sekali gus mengheret ‘pesalah’ ke muka pengadilan. Hal ini menjadikan COVID-19 kekal menjadi persepsi masyarakat dunia dalam kekalutan dunia yang tidak menentu.