0Item(s)
0 0

Isu-Isu Politik Terpilih Sepanjang Pemerintahan Perikatan Nasional

Product Code EA2979
Product Name: Isu-Isu Politik Terpilih Sepanjang Pemerintahan Perikatan Nasional
Category: Dr Hairol Anuar HJ Mak Din
Star Rating: Not Available
Printable: NO
Original Price: RM 20.00
After Discount: RM 10.00
  ECopy (PDF) via Email

Isu-Isu Politik Terpilih Sepanjang Pemerintahan Perikatan Nasional

Pasca Pilihanraya Umum ke-14 telah menyaksikan Malaysia terjerumus di dalam polemik politik yang berpanjangan, apatah lagi dalam masa yang sama negara ini turut diancam dengan Pandemik Covid 19. Bayangkan dalam tempoh tidak sampai lima tahun, negara ini telah bertukar tiga orang Perdana Menteri serta rakyat didedahkan dengan istilah Perdana Menteri Interim dan Perdana Menteri Caretaker yang memeningkan. Ketidaktentuan politik ini amat merbahaya kerana mendatangkan kesan sosio ekonomi terhadap kelangsungan negara pada masa hadapan. E-Book Isu-Isu Politik Terpilih Sepanjang Pemerintahan Perikatan Nasional merupakan cetusan pemikiran Dr Ilyas Abdullah seorang Ahli Akademik yang aktif menulis. Sepanjang pemerintahan gabungan Parti Perikatan Nasional, beliau telah menulis 27 artikel yang diterbitkan di Berita Harian, Utusan Malaysia dan Harakah. Topik Politik yang agak berat, berjaya disampaikan dengan begitu santai namun tidak lari daripada nilai akademik yang amat baik. Artikel-artikel ini dikompilasi melalui medium digital agar idea ini dapat dikongsikan dengan lebih ramai pembaca lagi. Dr Ilyas Abdullah merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM. Beliau berpendidikan Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Sains Politik. Bidang kepakaran beliau ialah mengenai Politik Malaysia, Pilihan Raya dan Budaya Politik Melayu. Selain penulisan di akhbar, penulisan beliau juga boleh dibaca di dalam buku yang bertajuk Pilihan raya Umum Ke-14: Isu dan Cabaran Malaysia Baharu dan Transformasi Budaya Politik Melayu Terengganu serta buku bertajuk Islam Dan Dinamika Masyarakat Sivil


Currently No Review