0Item(s)
0 0

Mentafsir Semula Hak Asasi Manusia

Product Code EA3044
Product Name: Mentafsir Semula Hak Asasi Manusia
Category: AAA Penulis
Star Rating: Not Available
Date Created: October 21, 2021 7:14:00 PM
Original Price: MYR 50.40
After Discount: MYR 30.24

Mentafsir Semula Hak Asasi Manusia

Buku elektronik (eBook) bertajuk Mentafsir Semula Hak Asasi Manusia ini adalah himpunan tulisan berkenaan isu-isu melibatkan hak asasi manusia. Antara isu-isu yang terkandung di dalam buku ini adalah berkenaan hukuman mati yang didesak untuk dimansuhkan oleh badan-badan hak asasi manusia tempatan dan antarabangsa, usaha pengiktirafan gender ketiga, murtad dari sisi kebebasan beragama serta kontroversi pemakaian hijab yang sering berhadapan diskriminasi. Selain itu, buku ini turut menyentuh mengenai hak asasi berkait kebebasan bersuara yang semakin mengabaikan kemanusiaan serta perlindungan dan penambahbaikan hak asasi kanak-kanak. Buku Mentafsir Semula Hak Asasi Manusia berusaha membawa pandangan mengenai hak asasi manusia dari naratif yang lebih adil terhadap Islam dan kemanusiaan berbanding tafsiran hak asasi manusia yang melimpahi media massa dan maya dengan naratif yang dilihat cenderung bersifat islamophobia serta mengabaikan faktor keadaan, budaya dan undang-undang tempatan.