0Item(s)
0 0

SISI GELAP MEDIA SOSIAL

Product Code EF2054
Product Name: SISI GELAP MEDIA SOSIAL
Category: Firdaus Zainal
Star Rating: Not Available
Date Created: March 30, 2021 12:21:51 PM
Original Price: MYR 16.00
After Discount: MYR 14.40

SISI GELAP MEDIA SOSIAL

Karya ini merungkai sisi gelap media sosial atau panggilan popular yang digunakan “SocMed” (Social media). Berbeza dengan wacana dan makalah umum yang banyak melihat media sosial dari sudut faedah dan kebaikannya kepada pengguna, karya ini cuba merungkai permasalahan dan kesan dari sudut yang bertentangan. Bagi melihat sisi gelap media sosial ini secara jelas, penulis merujuk kepada dapatan akademik dan pandangan pakar-pakar dalam teknologi berkenaan. Bagi memudahkan pemahaman pembaca, karya ini dibahagikan kepada dua bahagian. Penceritaannya digarap dengan mengikut kronologi iaitu bermula dengan penciptaan komputer sehingga eksperimen yang dijalankan ke atas peranti ini. Bahagian pertama membincangkan agenda di sebalik penciptaan komputer, Internet, GPS, game online oleh agensi pertahanan Amerika Syarikat dan peranan CIA (Agensi Perisikan Pusat Amerika) dalam membangunkan peranti dan aplikasi ini. Manakala di dalam Bahagian II, kemunculan media sosial dan impak yang dibawa bersama terhadap masyarakat dihuraikan secara terperinci. Di dalam bahagian ini, penulis membentangkan dapatan dan bukti-bukti wujudnya manipulasi kelakuan pengguna oleh firma media sosial dan pengiklanan melalui media sosial yang digunakan pengguna. Penulis juga menjelaskan bagaimana firma media sosial ini berusaha menjadikan pengguna ketagih untuk terus menggunakan aplikasi yang dibangunkan mereka. Karya ini bukanlah bersifat anti sosial atau anti teknologi. Namun, karya ini adalah sebagai bukti bahawa sisi gelap media sosial sememangnya wujud dan akan terus berkembang.