Merealisasikan kemenjadian seorang murid memerlukan gabungan kerjasama antara murid itu sendiri, ibu bapa dan guru. Kesepakatan antara ketiga-tiga komponen sangat besar impak kepada diri murid itu sendiri dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan spiritual. Justeru, pelbagai aspek perlu diambil berat sebelum kejayaan dapat dikecapi bersama.